Tuesday, 4 July 2017

June

Assalamualaikum.

Aku sebenarnya dah berazam nak update blog selalu tapi maklumlah aku ni kan pemalas. Tapi disebabkan takmau blog ni terbengkalai so aku update jugaklah.

June is always my favourite month. Sebab birthday aku dalam bulan june hehe. Btw walaupun aku suka bulan june tapi selalunya bulan june aku hambar since aku tak pernah sambut birthday aku. Dua tahun sambut birthday kat matrik lagi lah hambar haha sebab dalam bulan puasa. Tapi tahun ni macam macam jugak lah jadi dalam bulan ni.

First, aku start belajar kereta. Aku memang takdak experience langsung bawak kereta so masa mula mula pegang stereng tu memang memalukan gila hahaha. Masuk line orang tu perkara biasa pastu kereta aku sat p kanan sat p kiri huwaa malu. Nanti lah lepas dapat lesen aku cerita lagi nak buat kenangan haha. Btw tolong la doakan aku lepas test huhuhuhu.

Second, i got my pspm 4 result. Aku dapat result sebelum birthday aku okay, such a perfect timing. Kalau ditakdirkan result aku teruk, murung lah aku dihari jadi aku. Tapi alhamdulillah result aku okay, im so happy. First time kot dapat 3.5 something hahaha sorry aku bukan pelajar cemerlang. Tapi disebabkan kesilapan lalu, pngk aku tersangatlah tak best. Tapi nak buat macam mana kan, benda dah lepas, apa apa pun still alhamdulillah.

Lepas dah dapat result tu, boleh la update upu. Aku tak ubah banyak pun, my first choice still course yang aku pilih haritu. Tapi aku tak expect pun dapat sebab rasa macam tak layak tapi deep in my heart, aku still harap aku dapat. Masa isi upu ni rasa menyesal gila tak belajar betul betul dulu, tapi kan masa sem 4 aku takdak lah study sangat. Masa study week memang lah aku hibernate tapi aku tak study sangat pun haha. Mungkin rezeki aku alhamdulillah.

Lastly, of course lah birthday aku. Thanks for all the wishes. Terharu gak la sebab ayat lain lain eventho ada orang yang setakat hb haha. Takpa la still terharu walaupun takdak hadiah. Hadiah boleh beli sendiri guna duit elaun matrik yang masih berbaki. Aku beli banyak gak la barang hehe. Aku beli blouse, skincare and tudung. Dan semuanya online haha tudung dengan blouse tak sampai lagi, masih menanti. (aku takdak baju raya so aku beli blouse untuk hilangkan kesedihan aku huhu)

Yang tu ja lah kot. Okay bye. Selamat hari raya :)

Saturday, 3 June 2017

Kenangan puasa dekat matrik

Assalamualaikum.

Dulu masa duk kat matrik, paling excited cuti awal puasa and hujung puasa, rindu family katanya. Lani dah duk rumah, mak masak hari hari, rindu nak buka puasa dengan kawan pulak. Ni lah manusia ye, tak pernah bersyukur ish. Dua kali bulan puasa dekat matrik, so banyak la jugak kenangan bulan puasa, antaranya:

Sahur
Aku jarang bangun sahur sebenarnya haha. Bukan takmau bangun tapi selalu terjaga time azan, serious rasa macam nak bebai. Tapi pernah sekali tu, puasa tahun lepas, janji dengan kawan nak turun sahur dekat cafe. Aku pun taktau kenapa aku janji nak turun. Tapi disebabkan ila sanggup call aku pagi pagi, aku pun macam hmm satgi kami p bilik. Bila dah turun tu, bihun goreng takdak pulak, yang ada kuetiau goreng ja(rasa macam ada benda lain, tapi aku order kuetiau). Kuetiau goreng pun okay ja tapi masalahnya kuetiau tu pedas nak mamp, dah macam samyang haha.

Guess what, esok tu aku demam. Ha ha ha. Lepas tu tobat tak turun sahur kat cafe dah :')

Buka puasa
Ni puasa tahun 2015, aku wani tiya, semua terlajak tidur petang so turun cafe lambat. Nasi dekat cafe b dah habis, masa tu aku dengan wani nervous gila, macam mana ni takkan nak makan lauk ja. So kami decide nak p cafe c. Masa jalan tu memang kalut gila r haha duk fikir macam mana kalau nasi habis. Tapi alhamdulillah still ada nasi, walaupun sikit iolls bersyukur, asalkan ada. Tapi lepastu aku still tak insaf lagi, still tidur petang hahaha dasar. (tak insaf sebab dah beli nasi awal awal, nasi hujan panas yeay sedap)

Puasa tahun 2015, hari last puasa dekat matrik sebelum cuti raya. Aku dengan tiya order pizza, hari last puasa sekali kononnya(acah la padahal pdt). Eventho aku dah beli nasi dengan lauk tapi aku still order pizza. Mula mula aku dengan tiya excited gila p tunggu dekat pagar, aku ni siap bawak nasi dengan lauk aku lagi haha. Tapi ramai gila nak mamp order pizza. So penuh student dekat depan pagar duk tunggu pakcik pizza sampai. Yang sedihnya, pakcik pizza sampai lambat gila, even dah azan maghrib pun tak dapat pizza lagi huwaaaaa. Kesian tiya duk dengaq aku beletiaq :')

Puasa tahun 2015 jugak, ada majlis buka puasa ramai ramai, aku lupa nama majlis tu apa lol. Depa bagi makanan ikut blok, aku taktau macam mana tapi aku end up sorang sorang. So aku call timah, nak makan dengan dia tapi ditakdirkan masa call tu nasi aku macam senget sikit so kuah tumpah atas baju aku(kalau sikit takpa, ni banyak T.T). Memang haru gila, dah la jalan sorang pastu buat muka tak malu mintak tisu dekat strangers.Tapi depa takdak tisu so depa bagi surat khabar T.T Kesian gila kat aku masa tu, tak buka puasa lagi tapi dah bau kari. Macam nak nangeh rasa :'(

Puasa tahun lepas, aku tak ingat sangat huhu. Yang aku ingat pun, buka puasa satu kelas(yang pompuan ja la) dekat cafe c. Yang duk blok b pun mai blok c untuk berbuka. Yang paling takleh blah, aku takleh puasa so depa suruh aku rasa air yang depa buat, nak tau cukup manis ka dak. Dah la dekat cafe, ramai kot orang duk tunggu nak buka puasa pastu boleh pulak aku duk rasa(cover la tapi haha). Tapi aku lupa yang aku demam(demam sebab makan kuetiau tu lah haha), patut la air tu tak rasa apa :')

Muka muka duk buat hingaq hahaha
Rindu tiba tiba. Okay bye, assalamualaikum.

Wednesday, 24 May 2017

Review : Shalin's blog | pastelred.blogspot.my

Assalamualaikum.

Harini aku nak review blog. Aku tak pernah tau review blog orang, so please terharu shalin hahaha. Pemilik blog ni kawan matrik aku. Kami satu kuliah, tapi aku sedar kewujudan dia masa sem 3 lol. Tu pun sebab dia rumate classmates aku. Nasib la shalin satu bilik dengan farah and tqah, kalau dak rugi hampa takleh kawan dengan kami hahahaha. Btw aku review ni bukan sebab dia paksa aku ka apa haha tapi sebab aku terlebih rajin nak update blog ;)

So, lets get started.

Okay, masa first time bukak blog shalin, kami ingat kami salah blog tau. Kami ingat kami bukak blog makeup ntah sapa sapa pastu bila nampak ss tu, kami macam oo betulla ni blog shalin. Iolls lupa yang u minat beauty stuff. Tapi kan, to be honest i prefer blog yang guna template biasa, you know yang simple tu sebab blog shalin nampak macam something wrong somewhere padahal shalin tak letak apa pun haha but maybe thats because shalin baru lagi kot, lama lama nampak okay lah kot :)

Blog shalin ni baru lagi, so entry baru ada tiga and she use both languages in her entries, pandai english boleh la haha. Shalin ni kalau tengok gaya dia menulis pun dah boleh agak kot yang dia ni suka bercakap haha. Bercakap yang ada point la tapi. Bukan jenis cakap benda sia sia macam aku ni, contohnya kenapa hantu tu hensem sangat omg?(haha dasar forever alone tengok hantu pun boleh puji)

Haa yang tu ja lah kot i nak comment. Blog hang bukan ada pun aku nak comment lebih lebih hahahaha. Jangan lupa p blog dia tau and follow hehe(tapi budak tu tak letak follower gadget tu, tah bila dia nak letak pun i taktau). Okay shalin, jangan lupa nasihat yang kami bagi lol. Kalau kami salah bagi nasihat, sorry la eh. Okay bye, assalamualaikum.


ps : selamat berpuasa gaissss :)

Thursday, 11 May 2017

End of matriculation life

Assalamualaikum.

Wei lama gila tak update, rasa macam nak delete blog pun ada tapi sayang. Sebenaqnya sebelum habih matrik aku ada tulis entri tapi aku tak publish sebab em entah hehe. Aku pun tak ingat kenapa aku tak publish, lantak.

So yeah, aku dah habih matrik. Alhamdulillah. Tak senang tau survive kat matrik, dua tahun kot. Dia bukan sebab matrik susah sangat tapi sebab.. orang lain yang sama umur dah degree tapi aku still dekat matrik. Kawan pulak duk cerita dia masuk apa apa kat u dia, aku pulak takdak benda nak cerita. Yang aku boleh cerita pun, kmk dah tukaq pengarah baru. Tu ja. Aku rasa macam malu gak la, macam malas nak study pun ada(mmg sejak azali), pastu pressure makcik makcik duk tanya,

'Eh anak makcik dah habih matrik kenapa farhana tak habih lagi.'

'... study dekat usm, farhana dapat mana?'

Aku tak suka betui la ish rimas. Tapi takpa la, dah habih dah pun, boleh la jumpa makcik makcik tu balik. Kami dah habih matrik dah makcikkkkk, nanti kami habaq naa kami dapat u mana!

Disebabkan aku baru balik 2 hari lepas, so aku still takleh move on dengan matrik. Bila nampak gambaq geng geng aku, mula la duk teringat depa pastu melayan perasaan sorang sorang T.T Selalunya malam minggu macam ni, aku lepak bilik sorang sorang sambil menanti kehadiran tiya mai jemput aku tengok movie. Pastu pinjam bantal shalin nak tutup muka huhu rindu la wei serious T.T

Dan aku tetiba rindu malam yang kita semua sembang random gila, dari cerita psycho ke cerita hantu ke cerita lagenda ke kisah nabi pastu tetiba masuk bab politik haha rindu la. Malam tu semua bajet macam exam dah habih haha padahal paper bio menanti. Last paper syndrome teruk gila. Apa apa pun, kami nak cakap yang kami rindu hampa geng removed you walaupun kami tak masuk sangat dalam group hehe.

And nak cakap thanks matrik. Aku tak pernah menyesal masuk matrik. Aku belajaq banyak benda kat sini, aku belajaq berkawan, aku belajaq buat kerja under pressure hahaha dan paling penting kat sini aku belajaq dikecewakan hahahaha ok bye. (bukan kecewa putus cinta ka apa)

Okay la wei, aku macam takdak benda nak cakap dah ni. Assalamualaikum.

K1D3T1. Lepas habih last paper. Hari last jumpa T.T (kesian ila, kemey lindung haha)


ps : Alhamdulillah untuk result muet aku hehehehe :))

ps : Aku dah tak reti nak edit blog macam mana huhuhuhuhuhuhu