Tuesday 31 December 2013

Hello 2014, Bye Bye 2013

Assalamualaikum.
Lagi beberapa jam, tahun 2013 akan bertukar menjadi 2014. Wahhh, dah rasa macam kamen rider main bertukar bertukar nie mihmih. Teringat lagi zaman kecik kecik main kamen rider dengan kawan kawan depan rumah penghulu sampai maghrib pun takmau balik rumah lagi. Pastu bila dengar loceng rumah india, baru reti lari balik rumah sebab takut hantu tangkap(loceng = hantu). Hmm, kecik kecik dah pelik, no wonder la besaq besaq gila -____-

Eh, sori tercerita zaman kecik kecik lak.

Malam nie, facebook aku sunyi sepi gila, semalam havoc lagi. Mungkin sebab esok dah mula sekolah jadi mereka merasakan online facebook merupakan perkara yang sia sia gitu. Disebabkan aku boring gila nak main game rasa malaih gila, nak tengok running man lak rasa macam sia sia sebab dah tengok tadi. Jadi, aku fikir baik aku share azam azam aku. So, meh baca meh apa azam aku untuk tahun 2014! Jadi ke tak kita sembang lain kali hehe. Let's check it out! :))
  • Menjadi seorang muslimah sejati. Alhamdulillah tapi hampa tengok la aku ni stokin pun tak pakai, kasut aku lak jenis lopong kiri kanan tskk tskk padahal azam yang sama tiap tiap tahun. Tak reti reti nak p beli ka anis?
  • Macam yang aku cakap kat entri haritu, aku nak study 5 jam sehari tapi nampak nau bohong. Study 3 jam pun semput puihh la wehh.
  • Hilangkan sifat suka membazir, beli benda benda yang tak penting dan aku harap notebook aku cuma satu tahun nie(aku suka beli notebook tapi tak guna punn :3)
  • Merajinkan diri minum banyak air kosong & kurangkan makan makanan manis seperti cekelat nano. Tetiba rasa sebak bila sebut cekelat nano sobs sobs*gila*
  • Hilangkan sifat suka menangguh kerja & jadi lebih bertanggungjawab kekdahnya. Ehem, boleh tangguh dulu tak azam nie tehee.  
  • Lebih rajin update blog yeahh & semoga earning nuffnang naik, nanti boleh la beli stokin hikhik. 
Haaa, yang tu jelah azam aku. Sikit ja. Kalau letak banyak banyak bukannya aku buat pun wkwkwk. Kbai. i have to get ready for sekolah esok btw Happy New Year uolls :))
i hope tak jadi macam nie hihi 

Assalamualaikum.

Saturday 21 December 2013

Nak Sekolah Dah Wehh

Assalamualaikum.

I'm back uollsss. Happy tak? Muehehehe.

Perghhhh, lama nau tak update. Maaflah uolls, aku still dalam mood malaih tahap takleh nak bantu dah. Memang malaih sungguh. Kalau aku ikutkan pemalaih aku nie, entri 9 Dis hari tu aku nak sticky post sampai tahun depan. Punya malaih!

Btw pejam celik pejam celik dah nak habis tahun 2013. Dalam sedar tak sedar, SPM makin menghampiri diri ini. Fuhh, terketaq ketaq tangan aku nak tulih SPM. Tu baru tulih wehh, tak hadap paper lagi. Kalau hadap paper SPM, mau parkinson teroih pa T.T

Astaghfirullah. Sudah sudah la mengarut anis oii. Marilah kita ke topik yang lebih serius.

Sepanjang cuti nie, aktiviti aku semua melaghakan. Memang aku ada baca buku tapi hampa paham paham jelah bila budak malaih pegang buku. Baca bab enzim tapi pala hotak dok pikiaq benda lain. Tambah pulak, lani dah nak habih cuti, aku langsung tak pegang buku wehh, asyik dok main game Airport City ja >.<

Bila dah nak habih cuti nie, dah takleh nak main airport city sampai guna facebook kakak, lepas nie dah takleh nak tidoq lambat lambat sampai mata dah macam panda nak beranak. Lepas nie dah takleh layan running man sampai gelak terkekeh sorang sorang pukul 2 pagi. Lepas nie dah takleh nak online sehari semalam sampai kena beletiaq dengan mak kaww kaww.

Kalau nak senaraikan aktiviti lagha aku sepanjang cuti nie memang tak habis. Punyalah banyak. Tapi aku dah berazam, tahun depan aku akan study sekurang kurangnya 5 jam hahahaha. Mohon hampa semua percaya walaupun aku sendiri pun tak berapa nak percaya dengan azam aku tu kehkehkeh.
Oke lah. Nak blogwalking sat sambil usha serum yang boleh hilangkan eyebag. Kbai.

Assalamualaikum.

Monday 9 December 2013

Mood Rajin Sila Datang

Conversation between my mom and i. 

"p la belajaq" - mak 

"takmau. malaih"

"p la makan" - mak 

"takmau. malaih"

"dah tu apa yang hang rajin?" - mak

"rajin malaih"
Kbai. Assalamualaikum.


ps : i'm not in good mood...