Friday 29 November 2013

Dah Boleh Cashout Yeay

Assalamualaikum.

Semua orang ada habit termasuklah aku. Kalau nak tau habit aku boleh la tengok SINI. Eh, tetiba terpromote entri lama. Motif sangat aku nie. Wahahaha. Sebenarnya aku nak cakap yang aku ada habit sebelum update blog. Aku pun pelik sebenarnya dengan habit aku nie tapi apakan daya sudah suratan, apatah lagi ku hanya insan biasa. Blaa blaa blaa. Apalah aku nie, tak habih habih tipu orang kehkehkeh. 

Ehem. Ingat tak entri sebelum aku p kem tu. Aku ada suruh hampa klik klik mengklik iklan kan hehehe. So, aku nak ucap terima kasih kat hampa sebab sudi klik iklan kat blog aku nie dan aku dah boleh cashout, yeayy. Penantian dari 27/11/12. Alhamdulillah :')

Dari gambar nie, hampa dah boleh nampak betapa pentingnya cpuv bagi blog aku nie. Cpuv tu kira punca earning nuffnang aku menaik wehh. Kalau blog aku takdak cpuv, mau jenuh tunggu nak cashout. Sobs sobs. RM34.68 tu pun setelah 27 cpuv dicreditkan. Bersyukurlah kan. Alhamdulillah :')

Sekarang, blog aku ada 3 cpuv yang still running. Aku sengaja tinggal 3 cpuv tu on going sama sama. Biaq depa eratkan hubungan silaturahim. Bak kata peribahasa melayu air dicincang takkan putus. Hmm, percaya sangat la cakap aku ihik. 

Rajin rajin lah klik iklan kat blog aku yaaa. Kbaii, nak blogwalking sat :)

Assalamualaikum.


ps : churpchurp aku lagi setahun, boleh la cashout. -__-

ps : aku nie tak habih habih merapu. apala nak jadi. hmm -__-

ps : penat la update blog guna keyboard rosak. tension. -__-

ps : setiaperenggan takdak kesinambungan. hmm -__-

Friday 22 November 2013

Macam Mana Nak Join ChurpChurp?

Assalamualaikum. Hai.

Ada seorang hamba Allah/akak nie tanya aku...

My.sharings.cc tu sebenarnya ChurpChurp. Nak join ChurpChurp senang je kak. Macam kacang pulut serawa bak kata cikgu add math den. 

1. Pergi SINI.

2. Buat account ChurpChurp. nak sign in guna account twitter pun boleh :)

3. Lepas dah sign in ChurpChurp, boleh lah share iklan. yeay  :)

Sekarang ChurpChurp berwajah baru. Nak share iklan pun pening. Jawab fizik pun tak pening macam nie wakaka. Bohong ja wehh. Soalan fizik pening gila oke! Ehem, abaikan. ChurpChurp nie ada iklan yang special untuk twitter ja. So, bila nak share iklan, usha usha dulu. Nanti rugi ja share, earning tak naik pun.

Cara nak share iklan ChurpChurp :

1. Klik iklan yang available untuk hampa.

2. Scroll bawah dan hampa akan nampak kotak macam nie : 
3. Copy link tersebut dan share lah dimana mana yang hampa nak. Jangan spam sudah :)

Nak share iklan guna gambar pun boleh. Macam sebelum nie aku ada letak kat blog tapi aku dah buang sebab aku tau hampa tak tekan hahaha. 

Babai. Selamat menunaikan solat maghrib. Assalamualaikum. 

ps : semenjak dua menjak nie, rajin lak aku update blog kan? so, kalau hampa nak tanya apa apa, jangan lah segan wakakaka >.<

ps : semalam sedih kemain kan. hahaha. bukan sedih sangat pun sebenarnya. lebih kepada kecewa. kecewa dengan diri sendiri.

Thursday 21 November 2013

Mental Breakdown

Assalamualaikum.

Tadi, aku check result exam akhir tahun aku and i got this. 
walaupun sedih tapi tetap nak komen, nama cikgu aku sedap doo haha
Bila tengok ja result nie, akterus rasa down. Bila dengar mak aku cakap, "awateruk sangat?", aku diam. Dalam hati kutuk diri sendiri awat bodoh sangat hang ni. 

Sebenarnya result miyear aku lagi teruk, siap 2 failed lagi tapi still ada A. Boleh buat ubapenenang kepala otak sat walaupun markah A tu cuma cukucukup makan. 

hmmm...

I wanna sleep. Assalamualaikum.
ps : macam mana nak dapat biasiswa kalau result macam nie. tskk tskk.

ps : macam mana lah nak spm. hmm. 

Saturday 16 November 2013

Kem D'Omland, Sungai Petani

Assalamualaikum.

Lepas balik kem nie ntah la kenapa, malas aku makin menjadi jadi. Tiap tiap petang aku tidoq padahal sebelum nie aku payah gila kot nak tidoq petang petang nie. Aku pikiaq mungkin sebab penat sebab masa dekat kem sana mana cukup tidoq. Dalam masa 2 hari aku tidoq 6 jam ja. Hari pertama, 2 jam. hari kedua, 4 jam. sobs sobs. Tapi kan masalahnya aku dah balik kem 4 hari yang lepas, err takkan penat tak hilang hilang lagi ngeee >.<

Oke lah. Baik aku tulis nie cepat cepat sebelum aku tidoq kroihh kroihh mihmihmih. Marilah kita kembali ke jalan yang benar. Sebenarnya aku nak cerita pengalaman aku pergi kem kali nie. Kem kali nie agak best lah sebab 3 hari 2 malam kan. Masa yang agak lama bagi pompuan yang jarang keluaq rumah macam aku nie. Gitewwww. So, marilah membaca pengalaman saya pergi kem kawan kawan :) *alolo, skemanya*

Masa aku pergi kem rakan muda haritu, aktiviti night walk pun ada jugak. Aku nie memang berjodoh kot dengan aktiviti di malam hari -__-' Tapi masa dekat sedim, kami jalan ramai ramai. Kem kali nie lak kena jalan sorang sorang. memang gila ah. Mana pernah aku jalan sorang sorang malam malam tapi Alhamdulillah, aku takdak lah terjerit jerit panggil 'tuan... tuan... tuan... ' malah aku jugak tidak mengeluarkan sebarang suara wakakaka. Sebenarnya kalau hampa diam ja dan tak jerit, lagi rasa tenang dan tak takut. Bagi aku lah. Aku tak boleh lah orang jerit jerit nie, sakit jiwa.

Haaa, kan aku cakap yang aku langsung tidak mengeluarkan sebarang suara kan. Masa aku dok jalan elok elok, tetiba aku dengar cikgu cikgu aku dok cakap. Kuat hokeehh cikgu tu cakap! Boring kotengok aku jalan haha. Antaranya, 'dia nie tak nampak kita ka?'. Nie masa aku tak tengok kira kanan dan atas hehehe. Takdak qeja aku nak pusing merata, gila! Lagi satu cikgu tu cakap 'jangan la ligan diawakakaka. Yang nie memang lawak okeh. Sampai lani aku nak gelak haha. Malas pulak nak cakap pasai apa kena ligan. So, kita biaq ja la nohhh.

Kalau hampa kena jalan sorang sorang, hampa jalan la awai awai. Memang syok rr. Kalau hampa p awai awai, hampa boleh tengok orang lain jerit kehkehkeh. Tapi esok tak boleh la nak kutuk sapa sapa sebab tak nampak muka lol. Haritu aku orang kelima wehh hahaha. Bukan sebab berani ekceli, aku nombor lima sebab aku kumpulan satu mihmihmih. Memang lawak wehhhhhhh.  Rentas Bakau

Nie firstime aku merentas bakau. Kalau boleh aku nak rentas lagi!*tetiba semangat* Hehehe. Memang best sangat sangat. Kalau hampa p kem dan hampa kena rentas bakau, hampa toksah la dok bagi alasan sebab takmau p. Dok kata gayat la nebes la apa la. Hampa p ja. Buat relax sudah. Hampa ingat aku nie berani sangat ka. Aku pun terketaq ketaq. Dah la aku gayat, dok kat tingkat 3 pun nak terkencing. Tah apa apa la aku ni dengan penyakit nebes tak tentu hala. Aku pun taktau macam mana aku boleh jalan ataih kayu tu. Tak jatuh wehhh. Memang gila.

Masa hampa rentas bakau nie, sifat lemah lembut dan pemalu, hampa boleh simpan sat. Time tu memang takdak nak ingat dah aihh nak jalan kepit kepit nie. Memang kangkang tak ingat dunia. Kalau time tu seluaq koyak pun takdak nak heran aihh. Janji tak jatuh. Takkan tengah dok jalan leklok, tetiba mintak kebenaran...'tuan, seluaq koyak. saya nak balik asrama' -___-'

Bila dah nak habih tu, rasa lega gila. Bila nampak ja laut, hepi gila. Rasa yang tak boleh digambarkan. Over gila haha habaq ja lah rasa seronok. Kan kan? 

Water Confident & Kayak

Lepaih habih rentas bakau, kami kena berenang pulak(laki berenang dulu, barrentas bakau). Dalam semua semua aktiviti, yang paling aku tak sabaq nak buat ialah water confident. Memang tak sabaq gila. Dulu masa kem darjah 6, ada jugak water confident tapi masa tu tak berapa nak syok sebab dalam tasik. Kem kali nie pulak, dalam laut. Perghhh. last aku mandi laut, masa aku kecik kecik lagi wehhh. Mungkin sebab tu aku rasa tak sabaq sabaq sampai terjun jauh dari tali. Cis, awai awai dah tak serasi. 

Walaupun menghadapi pelbagai onak & duri seperti tertendang kawan dibelakang, tertelan air masin dan lain lain. Akhirnya berjaya jugak menyanyi lagu 'aku yang dulu bukanlah yang sekarang' walaupun pelik nau kami nyanyi wakakaka. Matak pelik, sambil nyanyi sambil telan air masin. Dengan nak tenggalam lagi haha. Memang kenangan yang takkan aku lupa. Cewahhh. 

Aku nak cerita pasai kayak sebenarnya tapi tetiba aku malaih. Kira toksah cerita la nohh hehe.

Lepas balik kem nie, kadang kadang aku rindu nak menyanyi lagu sandiwara cinta ramai ramai, rindu nak menari lagu ayumi hamasaki ramai ramai. Walaupun akdok sana sat ja, 3 hari ja tapi itulah kenangan & pengalaman. Over kan? Takpa lah aku kan memang over muehehe, lagipun sekali sekala ja hahahaha. 

Oke, kepada budak budak darjah 6 yang dapat result gempak, tahniah diucapkan. Yang dapat result tak berapa nak gempak pun tahniah jugak. Jangan sedih, masuk sekolah menengah nanti buat leklok naa :)

Assalamualaikum.

Saturday 9 November 2013

Entri Sebelum Pergi Kem

Assalamualaikum.

Hola hola. Esok aku dah nak pergi kem dekat D'Omland, Sungai Petani. So, sapa sapa yang duduk dekat dekat situ, meh la jenguk aku. Wakakaka. Aku nie kan makin nak dekat hari pergi kem makin aku rasa macam serba tak kena, gundah gulana. Ntah la kenapa. emosi tak stabil barangkali sebab tu mengada tak tentu hala bajet macam kena pergi kem setahun tak balik padahal 3 hari ja(mohon baca dengan 1 nafas wakakaka).

Tapi bukan itu motif aku update blog malam malam nie. Aku sebenarnya update blog sebab nak mintak pertolongan hampa semua mihmihmih. Aku sebenarnya nak mintak tolong hampa click iklan iklan nuffnang yang berselerak dekat blog aku nie hehehe. Lagi RM4.01 yang aku perlukan untuk membolehkan aku cashout tanpa rasa bersalah hahahaha. 

Nama 'kkmjong' tu macam pelik kan? Aku pun tak pasti apa yang aku fikir time tu >.< Btw kalau hampa dah click, sila komen ya sebab senang nak terjah blog hampa pulak hehehe. Tapi mungkin lambat sikitlah aku terjah blog hampa sebab aku rasa lepas balik kem aku cari bantal dulu hikhikhik. 

Oke lah. Chawww dulu. Beg nak pergi kem tak siap kemas lagi wehhh >.<

Assalamualaikum.



ps : boring kan entri nie. aku sendiri pun menguap bila baca. huarghhhhhh. 

ps : Alhamdulillah. dapat 1 lagi cpuvDarlie Expert White. aku pernah la try pakai ubat gigi Darlie Expert White tapi gigi aku tak putih pun sobs sobs. sedih gila. disebabkan aku mengalami kesedihan yang melampau, aku mogok taknak gosok gigi sebulan. hahahaha >.<

ktipu ja. babai :)

Tuesday 5 November 2013

Shawl atau Bawal?

Assalamualaikum. Salam Maal Hijrah 1435H :)

Disebabkan aku rajin hari nie, aku nak tanya something kat hampa. I know ayapertama macam takdak kesinambungan langsung tapi kisah pulak hampa kan. So, soalannya ialah hampa lebih suka pakai shawl ka bawal?

Aku prefer bawal dari shawl sebab aku memang ada tudung bawal ja wakakaka. Kesian gila kan uolls. Aku nie memang tak berapa nak reti berfashion nie sebab aku jarang keluar rumah. Memang aku selalu duduk kat rumah ja. Then, bila nak keluar pergi mana mana, menggelabah gila sebab baju takdak tudung takdak! Sampai lani iolls pakai baju iolls yang darjah 6 lol(nasib baik besar). Dah la aku ada 6 tudung ja. Lima bawal plain warna suram dan 1 syria hitam(my feveret sebab takyah iron ngehngeh)

Sekarang nie ntah la kenapa aku rasa macam nak ubah selera dari pakai bawal ke shawl pulak. Aku punyalah semanganak ubah selera sampai hari hari aku stalk instashop konon nak beli shawl tapi tak beli pun sebab takdak money ahaks. Tapi aku takut lah nak beli sebab aku jarang keluar rumah n aku malas lah nak belit belit shawl. Kang membazir ja kan. Sobs sobs.

Lagipun dulu mati mati aku cakap aku dengan shawl takdak chemistry hahahahaha. Siap cakap anis farhana dan shawl memang tak ditakdirkan untuk bersama. Sekarang apa cita beb? Agaknya nie kesan asyik stalk insta Anna Khayalan ngan Yasmin Redzuan kot!

Assalamualaikum.

Friday 1 November 2013

November & SPM

Assalamualaikum.
HI NOVEMBERRRRRRR! 
Pejam celik pejam celik dah masuk bulan November. Final exam aku pun dah habis. Sekarang nie kerja aku membuta ja. Kalau tak membuta, aku tengok Running Man. Nak pegang buku memang tak rr. Memang tak! Tapi sempena nak masuk awal muharram nie, aku berharap ada anjakan paradigma dalam diri aku. Sikit pun jadilah dari takdak langsung. Iyalah, aku rasa  kalau tak berubah dari sekarang, mau habis jahanam SPM aku tahun depan! 
ohoi, tahun depan aku dah jadi senior. omaigadd!
Bila cikgu cakap pasal SPM, aku selalu nebes sebab tahun depan turn aku pulak. Aku nie pulak pemalas nak mampoihh! Jarang tau tengok aku pegang buku. Kadang kadang bila aku ingat cita cita aku nak jadi doktor, aku bacalah buku hahaha. Siot gila perangai. Tapi sekarang nie aku mana ada cita cita, so nak tengok aku pegang buku memang jarang gila ah sebab takde inspirasi kan(poyo!).

Btw novel lain cerita la. Hari hari aku pegang novel. Hampa tau dak yang aku lagi banyak pegang novel dari pegang buku sekolah. Pernah sekali, esok nak exam tapi malam tu aku boleh dok relax baca novel asam pedas untuk dia. Dah la esok tu exam FIZIK kott bukan SIVIK! Gila tak gila aku nie. -____-

punca aku tak baca buku
Akhir kata, untuk akak akak & abang abang yang amik SPM, good luck uolls :)

Assalamualaikum.
pergilah malas... datanglah rajin... pergilah internet... datanglah buku

ps : macam mana keyword "macam cantik je, macam comel je" ada dalam blog aku nieee. tak suka! macam apa ja.