Friday 27 September 2013

Cara Menghilangkan Malas Nak Pergi Sekolah!

Assalamualaikum.

Setelah 2 minggu ku menyepikan dari arena blog, kini aku kembali, walaupun tiada siapa yang menanti tskk tskk. Eh, pesal kan tetiba tacing nie. Baru ayat pertama dah tacing dohh, gila tak rockk!!

Oke lah, lupakan perenggan di atas. Biasalah kalau dah lama tak update, semua benda nak diluahkan. Kalau boleh sakit hati dekat budak sekolah yang join kem sekali dengan aku hari tu pun aku nak luahkan. Tapi aku tahan, sebab takut dia baca blog aku. Ngeeeee, pun bolehhh. So, hari nie, aku nak share cara cara menghilangkan malas nak pergi sekolah.

Biasalah budak budak sekolah, mesti lah malas nak pergi sekolah kan. Itu perkara biasa. Aku sendiri pun kalau boleh taknak pergi sekolah tapi kena pergi jugak sebab mak suka beletiaq. Tak sanggup nak tadah telinga kena beletiaq hari hari. Sumpah tak sanggup. Dengaq seminit pun rasa macam ^(!^*($#^. Nightmare.

Jadi, dibawah nie mungkin boleh membuatkan hampa rajin ke sekolah semula.

1. Cari boyfriend/girlfriend satu sekolah. 
Budak sekelas dengan aku banyak bercinta satu sekolah. Bercinta satu kelas pun ada aihh. Tapi aku tengok, depa tu takdak lah rajin mana mai sekolah. Hahahaha. mungkin depa suka mesej mesej kot. Kot lerrrr. Betul dak cakap aku timah?

2. Berniaga dekat sekolah.
Berdasarkan kajian aku, cara nie mungkin berkesan. Cuba tengok makcik kantin, rajin dia mai sekolah walaupun dia dah tak sekolah. Rajin kan? Mana nak cari orang yang rajin macam tu zaman lani hahahahaha.

3. Tanamkan dalam hati hampa yang 'sekolah best GILA'
Kalau hampa rasa sekolah tu best, mesti hampa takkan rasa ragu ragu nak pergi sekolah. Betull. Jadi, tanam kan dalam hati banyak banyak yang sekolah best. Sekolah best!

4. Pergi ja sekolah.
Kalau hampa dah pergi sekolah, mesti perasaan malas nak pergi sekolah tu hilang. Tapi perasaan malas nak belajar pulak yang datang. Hahahaha. Macam macam masalah la budak sekolah nie.

Sekian dari saya, anis farhana yang diri sendiri pun malas nak pergi sekolah. Ehem, Bukan malas pergi sekolah. Malas nak buat kerja sekolah sebetulnya mihmihmih. Assalamualaikum. 

ps : tergerak hati nak buat entri nie lepas tengok keywords dekat nuffnang. terima kasih lah untuk sapa yang mencari tu. kehkehkeh.

34 comments:

  1. no satu tu lucu.. hehe jemput join GA ni ya http://nooramyma.blogspot.com/2013/09/1st-giveaway-by-sheila-eiman.html

    ReplyDelete
  2. Haha yg bf tu x leh apply sbb sek perempuan je

    ReplyDelete
  3. hihi...dedulu memang malas je nak g sekolah,sebabnya malas nak bangun pagi2:)

    ReplyDelete
  4. @nanakimie kan. malas gila nak bangun pagi. hehehehe. nasib baik sekarang dah pandai bangun pukul 4.30 pagi. kadang2 terlajak la jugakk. >.<

    ReplyDelete
  5. Haha yg last skali tu, Sya tiap2 ari rse. Terutme mse subject BM. Mengantuk sgt, dh la sklh sesi ptg. Lgpown gi sklh sbb rindu kat kawan

    ReplyDelete
  6. @sya isya Lolol, sweetnyaa. hahaha. kadang2 pergi sekolah pun sebab rindu kawah. teehee.

    subjek yang mengantuk ialah FIZIK. memang boleh gila masuk kelas fizik >.<

    ReplyDelete
  7. kalau dah keja nanti teringat nak pegi sekolah balik...so jangan malas2 ya dik ;)

    ReplyDelete
  8. akak dulu pun malas nak gi sekolah walaupun rumah tersangat la dekatnya dengan sekolah.. hehe.. tapi tak baik tau malas2.. kena paksa jugak pegi sekolah.. hihihi..

    ReplyDelete
  9. waa ada tipss. boleh la diguna pakai oleh adik2 smua. hehe. blajar rajin2 ye dik. :)

    ReplyDelete
  10. @Ida Syuhada sekarang nie pn dh sedih sbb lagi setahun je nak kolah T.T

    ReplyDelete
  11. @Anne Nurain rumah saya jauh dari sekolah. hehe. ada gak lah alasan kenapa malas nak pergi kolah. :p

    saya rajin. mana da saya malas. hahaha >.<

    ReplyDelete
  12. hahaha...malas nak buat kerja sekolah ye...hihi

    ReplyDelete
  13. awat hang libatkan aku sekali ni,nanti makin hottss aku.muahaha!.wee,,sma kot entry budak tu dgn hang.

    ReplyDelete
  14. @siti fatimah ceitt, pirahhhh. hahahaha. dh la xmai kolah!

    kan. sama kan. tension gila! grrr

    ReplyDelete
  15. hihi betul jugak kan

    ReplyDelete
  16. nombor satu cam menarik jer

    ReplyDelete
  17. nombor 4 tu memang kekadang saya pon macam tu,hehe... lagi satu,pegi sekolah sebab nak jumpa kawan,nak bergosip dgn diorang,haha... yang tu bukan saya :P

    ReplyDelete
  18. hahaha..yg ke3 tu je stuju =) nk ilmu berkat..kenalah mnuntut ilmu dgn ikhlas..

    ReplyDelete
  19. jangan malas2 ye.. nanti kena babab baru tau..

    ReplyDelete
  20. @S.K.A yaa, betul tu. belajar bagi ikhlas. :)

    ReplyDelete
  21. huish. niaga apa kat skolah tuu. kecik2 da jadi businesswoman. bagus! huhu

    ReplyDelete
  22. heheh..dulu akak takde bf ptut la malas pi sekolah..hahah

    ReplyDelete
  23. @diana saya pun xde bf. pergi skolah pun sbb nk dpt hadiah. mihmihmih :)

    ReplyDelete
  24. wah.. best tips ni. and! smuanya berkaitan.. hihi.. :) kalau yaya, yaya paling suka sekolah. best gila!
    then, asal cuti ja lemah. :'(

    ReplyDelete
  25. salam...abis sekolah dh dik...hehe

    ReplyDelete
  26. singgah dan follow..dlu ade la mls2 nk g..hehe... :)

    ReplyDelete
  27. teringat masa zaman sekolah dulu...

    ReplyDelete
  28. singgah sini..datang jenguk...^_^

    ReplyDelete

Sapa komen dia baguihh.